Istanbul: Iran pada Selasa menolak dakwaan Perancis bahawa negara itu terlibat dalam serangan siber di Perancis, sambil menyifatkan dakwaan berkenaan sebagai tidak berasas, lapor Anadolu Ajansi.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Iran menafikan sebarang penglibatan dan mengecam pendekatan Perancis yang disifatkan sebagai menuduh Tehran tanpa asas.

Kementerian itu berkata Iran akan mengambil langkah yang dianggap perlu bagi melindungi kepentingan dan keselamatan negara daripada tindakan asing yang "menyalahi undang-undang".

Respons itu menyusul selepas Perancis mendakwa pada Isnin Iran melancarkan serangan siber yang menyasarkan pengawal sistem penyejukan di lebih 700 premis peruncitan pada malam 11 hingga 12 Okt.