KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin ketika jangkaan satu lagi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) terus menyokong mata wang negara itu.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.0840/0895 berbanding dolar AS daripada 4.0845/0890 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jangkaan inflasi lebih tinggi di AS mengukuhkan pendirian Fed untuk menaikkan kadar faedah.

Pasaran menjangkakan kenaikan kadar pada Disember, manakala sebahagian pelabur turut mengambil kira kemungkinan pelarasan lebih besar daripada kebiasaan.