PASIR MAS: Seorang tekong darat warga Thailand yang disyaki terbabit kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI), ditahan selepas bertindak agresif mengugut anggota polis dengan menggunakan sabit, malam tadi.
Kejadian berlaku di sebuah ladang kelapa sawit di Kubang Gadong, di sini, ketika polis menjalankan operasi penguatkuasaan di kawasan itu.
Suspek berusia 29 tahun itu ialah antara 13 individu diberkas pasukan Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam operasi kira-kira jam 8 malam tadi.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Ahmad Radzi Hussain, berkata operasi terbabit dijalankan susulan maklumat risikan berhubung aktiviti penyeludupan PATI di kawasan itu.









