KETUA jurulatih sementara Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mahu anak buahnya mengubah pendekatan permainan apabila turun menentang Yemen dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Guangdong esok (2 petang Waktu Malaysia).Tuntutan itu hadir selepas skuad negara tewas 0-2 kepada China dalam perlawanan pertama pada malam Sabtu, dengan dua gol yang dibolosi dalam tempoh 19 minit pertama menyukarkan usaha Malaysia untuk bangkit.Cheng Hoe mengakui pemain negara terlalu menghormati tuan rumah pada separuh masa pertama sehingga memerlukan perubahan pendekatan dilakukan bagi mengimbangi permainan.Beliau mahu pemain lebih yakin untuk mengembangkan permainan selain tidak mudah terpengaruh dengan reputasi dan kedudukan ranking lawan."Dalam bola sepak, apabila anda ketinggalan dua gol seawal itu, banyak perubahan perlu dilakukan."Bagaimanapun, perlawanan ini memberikan pengalaman berharga kepada pemain terutama pemain muda," katanya.Menurutnya, Malaysia menunjukkan peningkatan pada separuh masa kedua apabila lebih banyak menguasai bola dan mencipta peluang, namun kegagalan menyudahkan gerakan menyebabkan skuad negara pulang tanpa jaringan.Justeru, pertemuan dengan Yemen yang berada di ranking ke-144 dunia, berbanding Malaysia di tangga ke-133, kini menjadi peluang untuk Harimau Malaya memperbaiki kelemahan selain menebus maruah selepas kekalahan kepada China.Selain aspek taktikal, pemain juga perlu mengawal emosi selepas perlawanan pertama menyaksikan insiden kekecohan pada minit ke-44 sebelum Fergus Tierney dilayangkan kad merah pada penghujung aksi selepas mengutip dua kad kuning.Kekalahan di Stadium Zhaoqing New District Sports Centre itu sebenarnya sudah dijangka berdasarkan skuad 'kedua' yang dibawa Cheng Hoe untuk tugasan kali ini.Ia menyaksikan skuad negara tampil tanpa ramai barisan bintang yang menjadi tonggak penting ketika Piala ASEAN FIFA sebelum ini seperti Bergson Da Silva, Arif Aiman Hanapi, Brad Tapp dan Manuel Hidalgo yang tidak dipanggil, manakala Nooa Laine serta Faisal Halim mengalami kecederaan.Situasi itu memaksa Cheng Hoe melakukan perubahan besar dalam kesebelasan utama berdepan China dengan Tierney dan Romel Morales dipertaruhkan di bahagian serangan.Untuk rekod, kali terakhir Harimau Malaya menewaskan China adalah dalam aksi persahabatan pada tahun 1980.
Ubah pendekatan berdepan Yemen

Key takeaways
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, menyarankan perubahan pendekatan permainan semasa menentang Yemen selepas kekalahan kepada China.
- Harimau Malaya kalah 0-2 kepada China dalam perlawanan pertama.
- Cheng Hoe menggesa pemain lebih yakin dan tidak terpengaruh dengan ranking lawan.
- Pertemuan dengan Yemen menjadi peluang untuk memperbaiki kelemahan dan menebus maruah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗








