Istanbul: Tentera laut Iran pada lewat Ahad memaklumkan bahawa sebuah kapal tangki minyak terlanggar periuk api laut di timur Selat Hormuz sebelum terbakar, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut tentera laut Iran, kejadian itu berlaku beberapa jam sebelum kenyataan berkenaan dikeluarkan, sambil menyifatkan kapal berkenaan melanggar sekatan maritim yang ditetapkan.

Tentera laut Iran turut memberi amaran bahawa kapal yang cuba melalui laluan perairan strategik itu atau kawasan larangan berhampiran tanpa berkoordinasi dengan angkatan tenteranya berisiko terlanggar periuk api dan terbakar.

Terdahulu pada Ahad, Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) memaklumkan bahawa dua kapal tangki minyak terlanggar periuk api dan terbakar ketika cuba menggunakan laluan yang tidak dibenarkan di bahagian selatan selat itu.