Istanbul: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Nvidia, Jensen Huang dilaporkan sedang berbincang dengan beberapa individu yang dipercayainya mengenai kemungkinan kembali menerajui syarikat pengeluar cip Amerika Syarikat (AS) itu, ketika sekutunya di Silicon Valley menggerakkan usaha mendesak supaya beliau dilantik semula, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Financial Times pada Ahad.
Menurut akhbar Britain itu yang memetik sekutu Huang, beberapa eksekutif teknologi sedang membentuk sebuah pasukan khas dengan sokongan beliau bagi melobi lembaga pengarah Nvidia serta mendapatkan sokongan Rumah Putih.
Pemegang saham utama dan pemimpin industri termasuk Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk serta CEO Epic Games, Tim Sweeney turut menyokong gesaan terbuka supaya lembaga pengarah membawa Huang kembali menerajui syarikat itu.








