IPOH – Mangsa banjir di negeri ini meningkat mendadak setakat pukul 8 pagi tadi dengan seramai 1,110 orang merangkumi 392 keluarga di 14 pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan, 14 PPS itu adalah satu di daerah Kerian, 12 (Larut, Matang dan Selama) dan kekal satu di Hilir Perak.

Katanya, Larut, Matang dan Selama merekodkan mangsa tertinggi iaitu seramai 911 orang daripada 333 keluarga.

“Kerian pula melibatkan 13 mangsa daripada tiga keluarga, sementara di Hilir Perak, mangsa dilaporkan seramai 186 orang terdiri daripada 56 keluarga,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE