Shah Alam: Kerajaan Negeri Selangor akan meneliti bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat banjir bagi meringankan beban golongan itu, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Amirudin berkata, pihaknya bersedia membantu mangsa terkesan itu, terutama di kawasan Kuala Selangor yang masih berdepan situasi banjir termenung.
Beliau berkata kerajaan negeri terlebih dahulu akan mendapatkan maklumat dan data terperinci mengenai jumlah mangsa terlibat.
"Kita akan melihat keperluannya nanti kepada peniaga yang mungkin tidak mengharapkan bantuan RM500, RM1,000 atau RM2,000 kerana kerugian mereka besar.








