KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membuat laporan polis terhadap Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan dan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung serangan mereka ke atas Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar.
Rayer berkata, kedua-dua individu terbabit membuat tuduhan berunsur hasutan dengan mendakwa Peguam Negara ingkar terhadap titah pengampunan Yang di-Pertuan Agong membabitkan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau mahu pihak polis dan Jabatan Peguam Negara membuka kertas siasatan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terhadap dua individu terbabit.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Gadek pagi tadi bersama Senator Dr R A Lingeshwaran.








