Kuala Lumpur: Meniti lonjakan populariti menerusi pelbagai naskhah, pelakon, Zarif Ghazzi menyifatkan tumpuan luar biasa yang diterima ketika ini sebagai satu tanggungjawab besar bergelar anak seni.

Zarif atau nama sebenar Zarif Farahi Effie Ghazzi berkata, kerjaya seni yang diceburi bukan sekadar mencari populariti semata-mata, sebaliknya menuntut kesedaran terhadap setiap tindakan yang dilakukannya.

"Bagi saya, menjadi perhatian orang ramai dan terkenal ini merupakan tanggungjawab. Menjadi seorang pelakon ini adalah satu pilihan. Contohnya, jika kita nak jadi juruterbang, ia adalah tanggungjawab kita untuk bawa kapal terbang bersama nyawa penumpang dan kru.

"Kalau apa-apa jadi, itu adalah atas tanggungjawab kita. Kita tidak boleh cakap ia bukan tanggungjawab kita dan menafikan kesalahan kita.