Gaza: Sekumpulan rakyat Palestin menyertai acara renang 'Gaza Swims for Hope' di Laut Mediterranean, berhampiran pantai Bandar Gaza, sempena ulang tahun ke-38 pengisytiharan Negara Palestin.
Menurut salah seorang peserta, Mohamed Farhat, acara itu membawa mesej harapan kepada dunia bahawa penduduk Gaza terus bertahan meskipun berdepan penderitaan dan keadaan hidup yang sukar.
"Acara ini menjadi simbol ketabahan rakyat Palestin yang enggan mengalah dalam menghadapi pelbagai kesukaran," katanya.
15 November menandakan ulang tahun ke-38 Negara Palestin yang diumumkan oleh pemimpin Palestin Allahyarham Yasser Arafat di Algiers pada tarikh sama tahun 1988.










