SHAH ALAM – Kemerosotan populariti Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan luar biasa bagi seorang pemimpin yang menunggu begitu lama dan berusaha begitu keras untuk menjadi Perdana Menteri.Tokoh Wartawan Negara, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata, keadaan itu berlaku disebabkan nepotisme dan kegagalan menghargai jasa pejuang asal reformasi sehingga menyebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpecah-belah."Beliau dilihat lebih mengutamakan anak sendiri, Nurul Izzah, serta rakan baharu, Ramanan Ramakrishnan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.Abdul Kadir berkata, kemerosotan berterusan Pakatan Harapan (PH), khususnya PKR dan Amanah, turut jelas menerusi keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 14 November lalu.Menurutnya, Anwar gagal memperkukuhkan PKR dari segi kepemimpinan dan sokongan pengundi."Dalam PRN Melaka, daripada 28 kerusi yang ditandingi PH, gabungan itu hanya memenangi empat kerusi dan semuanya disumbangkan DAP."Barisan Nasional (BN) pula memenangi 21 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi," katanya.Abdul Kadir berkata, kemenangan besar BN dan kekalahan teruk PH pada PRN Melaka bukan sesuatu yang di luar jangkaan.Menurutnya, UMNO sebagai parti tunjang BN mempunyai kekuatan di selatan Semenanjung, manakala PH hanya pernah memperoleh kemenangan majoriti sekali, iaitu pada Pilihan Raya Umum 2018 di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.Pada Pilihan Raya Umum 2022, PH di bawah pimpinan Anwar hanya memenangi 82 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.Abdul Kadir berkata, Anwar hanya berjaya membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri menerusi penyertaan BN, manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyedari bahawa tanpa kuasa, bala besar akan menimpa.Menurutnya, bermula PRU 2022 dan diikuti pilihan raya di enam negeri pada 2023, Pas mencipta gelombang hijau sehingga PH-BN mengalami kekalahan teruk."UMNO mulai berasa yang persekongkolan dengan musuh ketatnya, DAP, tidak disenangi oleh orang Melayu," katanya.Bagaimanapun, apabila UMNO mula mengkritik DAP dan merenggangkan hubungan dengan PH, sokongan orang Melayu terhadap parti itu mula pulih, bermula di kubu kuatnya di Johor, diikuti Negeri Sembilan dan Melaka.Namun, beliau berkata, kemenangan besar di tiga negeri berkenaan bukan jaminan UMNO mampu mendapatkan kembali negeri-negeri utara dan pantai timur.Ini kerana, katanya, Pas dan rakan-rakannya tidak mungkin menyerahkan kerusi yang dimenangi di negeri berkenaan untuk ditandingi UMNO, selain parti itu hampir pupus di kawasan terbabit.Dalam pada itu, Abdul Kadir berkata, BN dan PN turut memperlihatkan gambaran wujudnya kerjasama antara kedua-dua gabungan berkenaan sehingga menarik perhatian sesetengah pengundi Melayu.Menurutnya, kerjasama itu dilihat baik oleh orang Melayu yang menentang PH kerana menganggapnya sebagai kesepakatan UMNO dan Pas untuk menamatkan riwayat PH."Pas yang kini menjadi parti terbesar di Parlimen sangat membenci PH kerana gabungan itu mempunyai Amanah, iaitu Parti Ama