Moscow: Kerajaan Perancis mengenakan larangan sementara terhadap penjualan dan penggunaan bahan piroteknik susulan demonstrasi yang masih berterusan, menurut notis yang diterbitkan dalam warta rasmi negara itu pada Ahad, lapor Sputnik/RIA Novosti.

"Perdana Menteri menetapkan bahawa penjualan dan penggunaan bahan piroteknik serta bunga api untuk tujuan hiburan dilarang di seluruh negara sehingga 27 Nov, termasuk tarikh berkenaan," menurut notis itu.

Dokumen berkenaan menyenaraikan jenis bahan piroteknik berisiko rendah dan sederhana yang tertakluk kepada sekatan itu.

Bagaimanapun, larangan itu tidak terpakai kepada pertunjukan piroteknik profesional yang memerlukan permit bersesuaian. Sekatan itu berkuat kuasa serta-merta.