PAPAR – Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menyasarkan peningkatan permohonan paten oleh warganegara Malaysia kepada 2,000 permohonan menjelang 2030.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sasaran berkenaan selaras usaha memperkukuh ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R&D&C&I) negara.
“Sasaran itu juga merupakan antara agenda di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13),” katanya ketika sidang media sempena Program IP Spark 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengalat hari ini.
Beliau berkata, salam aspek dasar pula, MyIPO akan melaksanakan kajian penambahbaikan Dasar Harta Intelek Negara (DHIN 2.0) selain mengkaji perlindungan ekspresi budaya tradisional.









