GEORGETOWN: Hujan berterusan mencetuskan banjir kilat di Kampung Tasik Junjung, Simpang Ampat dan Kampung Sulup di Teluk Kumbar, di sini hari ini.
Hujan lebat sejak petang menyebabkan paras air di kawasan rendah di kedua-dua kampung berkenaan naik dengan cepat sehingga menenggelami kediaman serta jalan masuk.
Bagaimanapun, setakat ini, tiada laporan mengenai pemindahan penduduk dikeluarkan.
Menerusi siaran langsung di TikTok, beberapa penduduk di Simpang Ampat dilihat memindahkan barangan mereka ke kawasan lebih tinggi.









