Shah Alam: Hujan lebat berterusan lebih sejam menyebabkan laluan di kawasan i-City dan Seksyen 7 di sini dilanda banjir kilat dan menjejaskan pergerakan kenderaan petang ini.

Perkongsian pengguna menerusi aplikasi Threads memaparkan keadaan banjir di kawasan itu yang dinaiki air berikutan hujan lebat bermula sekitar 1 tengah hari tadi.

Seorang pengguna, frhn.jefx menyiarkan video laluan berhampiran kawasan di i-City yang dinaiki air dengan beberapa kenderaan terutama motosikal terpaksa berhenti di laluan tersebut.

Pengguna, jacketpotato.sa turut berkongsi maklumat mengenai keadaan di sekitar laluan sama dan beberapa kereta meredah air di lokasi tersebut.