Annuar Musa berkata PN akan memutuskan tidak lama lagi sama ada bertanding pada PRN Sarawak bulan depan.PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan tidak lama lagi sama ada bertanding pada PRN Sarawak bulan depan, kata Ketua Penerangannya Annuar Musa.
Annuar menerusi hantaran di media sosial berkata, Barisan Nasional (BN) sudah memutuskan untuk tidak menyertai pilihan raya itu.
"Tidak bertanding juga mungkin menjadi pilihan (PN)," katanya.
Terdahulu, Pengerusi BN Zahid Hamidi mengumumkan gabungan itu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak kerana Umno mempunyai persefahaman dengan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), yang menerajui Gabungan Parti Sarawak (GPS).








