Chow Kon Yeow berkata BN-PN membuktikan kekuatan mereka apabila memenangi 24 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka semalam. (Gambar JohnShen Lee)GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bersiap sedia menghadapi cabaran besar sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bergabung pada PRU akan datang, kata Pengerusinya Chow Kon Yeow.

Beliau berkata kemenangan BN-PN yang menguasai 24 daripada 28 kerusi pada PRN Melaka semalam membuktikan kekuatan kedua-dua gabungan itu yang berpotensi memberi cabaran besar kepada PH di Pulau Pinang.

Menurutnya, pengaruh BN-PN boleh merebak ke Pulau Pinang melalui Nibong Tebal, Kepala Batas dan Bukit Mertajam sebelum meluas ke bahagian pulau.

"Di Pulau Pinang, kami melihat keputusan pilihan raya ini sebagai ancaman terhadap kekuatan dan sokongan yang diberikan kepada kami serta kerajaan negeri.