PETALING JAYA: Kepemimpinan pusat Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) digesa menjelaskan sama ada mereka mengetahui atau merestui tindakan wakil rakyat masing-masing dalam kemelut kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Gesaan tersebut dibuat empat pemimpin DAP iaitu Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Syahredzan Johan, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan Young Syefura Othman, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat Sheikh Umar Bagharib Ali dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid dalam satu kenyataan Bersama hari ini.
Mereka mendakwa kepimpinan pusat UMNO, Pas, MCA dan Wawasan tidak pernah secara terbuka membantah atau menolak tindakan wakil rakyat masing-masing dalam kemelut berkenaan.









