PRN Melaka semalam menyaksikan gabungan BN dan PN menang 24 daripada 28 DUN dipertandingkan.PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menggesa Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) segera berbincang kerjasama politik termasuk pembahagian kerusi bagi menghadapi PRU16, susulan kemenangan pada PRN Melaka semalam.
Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata kemenangan kedua-dua gabungan yang menguasai 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka perlu dimanfaatkan untuk memperkukuh kerjasama bagi mengambil alih pentadbiran negara.
Ahmad Fadhli Shaari.Beliau mendakwa keputusan gabungan BN dan PN menang 24 kerusi daripada 28 dipertandingkan sebagai amaran keras kepada Pakatan Harapan (PH) bahawa rakyat bersedia melakukan perubahan besar dalam PRU akan datang.








