Ahli Parlimen Papar Armizan Mohd Ali mahu PAC bukan sahaja meneliti status dan prestasi pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah, tetapi juga keputusan dasar terdahulu yang mempunyai implikasi terhadap status kemajuan semasa (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Ahli Parlimen Papar Armizan Mohd Ali menggesa Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut meneliti implikasi penamatan model Rakan Pelaksana Projek (PDP) pada 2019 dalam siasatannya terhadap kelewatan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Beliau berkata, siasatan menyeluruh dan telus susulan pembentangan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2026 itu penting bagi mengenal pasti punca sebenar kelewatan dan menuntut penjelasan pihak terlibat.








