KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) menjalankan siasatan berhubung peningkatan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Stesen Pengawasan Kualiti Udara Batu Muda, di sini yang merekodkan bacaan melebihi 150, iaitu pada tahap tidak sihat, sejak dua hari lalu.

JAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan sudah dimulakan sejak semalam membabitkan pemeriksaan stesen pengawasan, rondaan lapangan dan pengesanan kemungkinan punca pencemaran udara di kawasan sekitar.

Menurut kenyataan itu, pemeriksaan awal mendapati stesen berkenaan beroperasi dengan baik.

"Bagaimanapun, semakan lanjut sedang dilaksanakan bagi mengesahkan bacaan yang direkodkan.