AMPANG: Ketiadaan bapa kepada Allahyarham Cico Harahap pada pengebumian pelakon itu 8 November lalu menimbulkan tanda tanya, namun ibunya, penyanyi legenda, Uji Rashid akhirnya menjelaskan bahawa bekas suaminya, Jamaluddin Jalil Harahap, sudah meninggal dunia pada September lalu.

Uji atau nama sebenarnya, Fuziah Haroun Al Rashid, 73, berkata Jamaluddin dikebumikan di Lenggeng, Negeri Sembilan, namun pemergiannya tidak diketahui ramai kerana Cico tidak berkongsi perkara itu dengan orang lain.

Menurut Uji, anaknya itu masih menyimpan rasa terkilan terhadap bapanya berikutan hubungan mereka yang pernah melalui fasa kerenggangan, terutama ketika Cico berdepan masalah kesihatan.

"Orang bertanya, kenapa bapanya tidak datang? Cico memang susah hendak bercerita dengan orang. Dia juga tidak memberitahu orang bahawa bapanya sudah meninggal dunia.