KUALA LUMPUR: Adakah benar Johor Darul Ta'zim (JDT) bakal mengumumkan ketibaan seorang lagi pemain warisan yang sudah bebas daripada hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)?
Persoalan itu hangat bermain dalam kalangan peminat bola sepak tanah air khususnya penyokong Harimau Selatan susulan muncul spekulasi mengenai perkara berkenaan dalam aplikasi TikTok.
Akaun TikTok, EddyCodoz Kazama MrTabohz Amg mendakwa perkara itu akan diumumkan Khamis ini atau Selasa minggu depan.
"JDT umumkan ketibaan seorang lagi pemain warisan yang bebas daripada hukuman FIFA bakal menyertai JDT sama ada hari Khamis, 19 November atau Selasa, 24 November," tulis akaun TikTok itu.









