PETALING JAYA: "Terkejut lihat ada sekatan jalan raya." Itu dipercayai alasan seorang pemuda melarikan diri sehingga dikejar beberapa kereta peronda polis (MPV) awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata suspek lelaki berusia 20-an itu melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) di kawasan Jalan SS2/75, di sini.
"Semasa cubaan tangkapan dilakukan, suspek bertindak agresif dengan melanggar kenderaan polis sebelum melarikan diri semula.
"Kereta Toyota Vios itu dipandu secara berbahaya melalui beberapa laluan sebelum berjaya ditahan di kawasan Jalan Tiara Titiwangsa 10, Kuala Lumpur kira-kira jam 2 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.









