JELI - Tindakan seorang pemandu Perodua Myvi menyerahkan kad pengenalan sebelum memecut melarikan diri daripada sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Raya Timur Barat, Batu Melintang di sini pada Ahad mengundang padah apabila dia berjaya ditahan polis tidak lama kemudian.Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, lelaki terbabit juga didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC) selepas ujian saringan awal air kencing dilakukan terhadapnya.Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Kamarulzaman Harun berkata, suspek memandu kereta itu dari arah Gerik, Perak menghala ke Jeli dan diarahkan berhenti untuk pemeriksaan."Bagaimanapun, pemandu kenderaan itu bertindak memecut laju dan melarikan diri selepas menyerahkan kad pengenalan kepada anggota polis."Maklumat kejadian kemudian disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Jeli sebelum anggota kereta peronda berjaya mengesan dan menahan kenderaan berkenaan di Kampung Bukit Lakota," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Ujar beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 26(2) Akta Polis 1967 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.Tambahnya, permohonan reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan.Sehubungan itu, Kamarulzaman menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan polis dan memberikan kerjasama ketika pemeriksaan di sekatan jalan raya.
Serah IC sebelum pecut larikan diri daripada sekatan jalan raya

Key takeaways
Seorang pemandu Perodua Myvi menyerahkan kad pengenalan sebelum melarikan diri daripada sekatan jalan raya dan ditahan kemudian.
- Pemandu itu dikesan positif dadah THC selepas ujian awal.
- Kes disiasat mengikut Akta Polis 1967 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.
- Polis menasihati orang ramai mematuhi arahan semasa pemeriksaan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Sinar Harian Serah IC sebelum pecut larikan diri daripada sekatan jalan raya (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2Fdec7cdf48cd94b2b3897544bfd08f502.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)