Batu Pahat: Seorang daripada dua beradik yang kehilangan ibu bapa selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki dihempap lori muatan tar di Jalan Yong Peng-Muar, dekat Parit Yaani, awal bulan ini, bakal menjalani pembedahan plastik.

Exco Hal Ehwal Agama Johor, Mohd Fared Khalid, berkata keputusan itu dibuat pasukan perubatan Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) selepas mendapati Hasya Fahira Zulkifli, 11, mengalami kecederaan serius pada paha kiri.

"Saya dimaklumkan Penolong Pengarah HSNI bahawa adik Hasya Fahira mungkin perlu menjalani pembedahan plastik pada bahagian paha.

"Segala urusan sedang diatur dengan pakar dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang akan datang ke sini.