KUALA LUMPUR: Sekatan perdagangan yang semakin meningkat di rantau Asia Pasifik memberi cabaran kepada perniagaan dan rantaian bekalan, kata Pengarah Unit Sokongan Dasar Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), Carlos Kuriyama.
Menurut Kuriyama, jumlah langkah sekatan perdagangan yang sedang berkuat kuasa adalah hampir tiga kali ganda berbanding langkah dalam memudah cara perdagangan.
Justeru itu, beliau berkata, peningkatan penggunaan langkah pemulihan perdagangan, termasuk tindakan antilambakan, langkah perlindungan dan duti timbal balas, wajar bagi ekonomi anggota bagi mengelak sekatan tidak perlu, khususnya terhadap barangan penting dan input pengeluaran.
Katanya, meskipun perdagangan barangan di rantau APEC mencatat pertumbuhan ketara pada separuh pertama 2026, disokong sebahagian besarnya oleh permintaan kukuh terhadap produk berkaitan teknologi, prospek perdagangan dijangka lebih sederhana dalam tempoh dua tahun akan datang berikutan gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan dasar perdagangan.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPanBorneoHighwaygeneric051026Gamudaphoto1_111906.png&w=480&output=webp&q=85&we)