Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenankan cadangan UUM membina Muzium Kedah Tua bernilai RM15 juta bagi memelihara khazanah sejarah negeri.
SINTOK: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenankan cadangan Universiti Utara Malaysia (UUM) membina Muzium Kedah Tua bagi memelihara dan mengangkat khazanah sejarah serta warisan negeri itu.
Baginda bertitah pembinaan muzium itu memerlukan peruntukan RM15 juta yang merangkumi pembinaan bangunan baharu, ruang pameran awam, ruang pameran digital, makmal konservasi, stor artifak, penyelidikan dan pengurusan.
Sultan Sallehuddin yang juga Canselor UUM bertitah muzium itu akan menggambarkan kehebatan tamadun Kedah Tua untuk tatapan generasi muda, termasuk aspek pemerintahan, topografi, sejarah serta Tamadun Sungai Batu.








