Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan kejayaan mempertahankan kerusi campuran kritikal Kesidang dan Ayer Keroh pada PRN Melaka membuktikan parti itu mampu menarik sokongan pengundi.

KLUANG: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan kejayaan parti itu mempertahankan kesemua empat kerusi yang ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, termasuk dua kerusi campuran kritikal iaitu Kesidang dan Ayer Keroh, sebagai pencapaian membanggakan.

Beliau berkata kejayaan mempertahankan Ayer Keroh amat bermakna memandangkan kerusi itu sebelum ini dikategorikan sebagai berisiko tinggi berdasarkan analisis awal keputusan pilihan raya.

Loke berkata berdasarkan penilaian di atas kertas, gabungan undi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mampu mencabar kedudukan parti itu.