KAHERAH: Sebuah mahkamah di Jordan menjatuhkan hukuman mati terhadap tiga lelaki kerana melakukan serangan maut ke atas sebuah gereja bulan lalu, menurut agensi berita rasmi negara itu, Petra, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mahkamah Keselamatan Negara mensabitkan ketiga-tiga lelaki itu atas kesalahan melakukan tindakan keganasan yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta menyebarkan ideologi keganasan, menurut agensi berkenaan.

Seorang daripada mereka turut disabitkan atas kesalahan menyediakan dana untuk membiayai serangan keganasan.

Dua lagi individu dijatuhi hukuman penjara enam tahun, menurut seorang peguam yang mewakili keluarga mangsa.