PETALING JAYA – Hujan lebat yang melanda Shah Alam, Selangor petang ini menyebabkan beberapa kawasan termasuk Seksyen 7 dan sekitar i-City dilaporkan dinaiki air sehingga menjejaskan pergerakan kenderaan.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, beberapa kenderaan dilihat berada dalam kawasan dinaiki air, manakala terdapat laluan yang dipercayai sukar dilalui susulan kejadian banjir kilat berkenaan.

Seorang pengguna Threads, @shashidd_ menyifatkan keadaan di Seksyen 7 seolah-olah menjadi lautan selepas kawasan berkenaan dinaiki air.

“Seksyen 7 dah jadi lautan. Yang nak pergi Shah Alam tu batalkan niat kalau tak nak terperangkap dalam kesesakan,” katanya.