PASIR MAS - Sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikesan menawarkan kaedah bayaran secara ansuran sehingga RM5,000 seorang bagi membolehkan migran memasuki Malaysia secara tidak sah.Bayaran itu hanya perlu dijelaskan selepas mereka berjaya memasuki negara ini dan memperoleh pekerjaan, sekali gus menjadikan kaedah berkenaan antara tarikan sindiket untuk mendapatkan pelanggan.Kegiatan itu berjaya dibongkar oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) susulan penahanan seorang lelaki warga Thailand dipercayai tekong darat bersama 12 warga Myanmar dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Kubang Gadong, di sini pada Ahad.Komander Briged Tenggara, Datuk Ahmad Radzi Hussain berkata, serbuan menerusi Op Taring Delta kira-kira jam 8 malam itu dilakukan oleh Task Force Komander Briged Tenggara dengan bantuan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.Menurut beliau, tangkapan membabitkan seorang lelaki Thailand berusia 29 tahun yang dipercayai berperanan sebagai tekong darat serta 12 warga Myanmar terdiri daripada lapan lelaki dan empat wanita berusia antara 18 hingga 36 tahun."Semasa pemerhatian, pasukan mengesan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan sebelum dua lelaki dipercayai tekong menghampiri anggota sambil memegang senjata tajam jenis parang dan sabit."Anggota terpaksa mengacukan senjata api bagi mempertahankan diri sebelum kedua-dua lelaki terbabit melarikan diri. Bagaimanapun, seorang daripada mereka berjaya ditahan selepas dikejar bersama sebilah sabit," katanya kepada pemberita pada Isnin.Ahmad Radzi memberitahu, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua warga Myanmar terbabit gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah.Menurutnya, siasatan awal mendapati tekong berkenaan menerima upah RM100 bagi setiap PATI yang dibawa dari Thailand dengan menyeberangi Sungai Golok sebelum diserahkan kepada pihak pengangkutan di sekitar Kampung Bakong."Perjalanan migran terbabit dipercayai mengambil masa kira-kira tujuh hari bermula dari Myanmar melalui jalan darat menuju ke Thailand sebelum memasuki Malaysia menerusi laluan Sungai Golok."Penglibatan pihak pengangkutan di Kampung Bakong turut menunjukkan kemungkinan wujud rangkaian yang menguruskan pergerakan PATI selepas mereka berjaya menyeberangi sempadan," katanya.Beliau memberitahu, pemeriksaan telefon bimbit milik lelaki yang ditahan turut menemukan gambar nombor akaun Maybank atas nama seorang wanita yang dipercayai digunakan ejen dari Thailand bagi urusan pembayaran upah.Ujarnya, kes disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Bayar lepas dapat kerja, sindiket PATI tawar ansuran masuk Malaysia

Key takeaways
Sindiket PATI menawarkan bayaran ansuran hingga RM5,000 untuk masuk ke Malaysia secara tidak sah.
- Sindiket PATI menawarkan bayaran ansuran sehingga RM5,000 bagi migran masuk ke Malaysia.
- Serbuan di Pasir Mas menahan seorang lelaki Thailand dan 12 warga Myanmar.
- Warga Myanmar tidak membawa dokumen perjalanan yang sah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sindiket PATI bersenjata api
- Utusan Malaysia PATI bayar RM3,000 kepada sindiket masuk, keluar Malaysia
- Malaysiakini (BM) Anwar kongsi hadis mengenai keadilan lepas Najib dapat tahanan rumah
- Sinar Harian Bayar lepas dapat kerja, sindiket PATI tawar ansuran masuk Malaysia (this story)







