BERLIN: Menteri Hal Ehwal Digital Jerman, Karsten Wildberger pada Ahad berkata bahawa penggodam menyasarkan peranti milik anggota Dewan Rendah Parlimen Jerman, Bundestag, dan pegawai kerajaan.
Wildberger memberitahu penyiar awam ARD bahawa serangan itu melibatkan pemberitahuan daripada Apple bahawa peranti tertentu mungkin telah diceroboh menggunakan perisian pengintip yang dikenali sebagai spyware.
Pejabat Persekutuan bagi Keselamatan Maklumat (BSI) bertindak pantas dengan memaklumkan semua individu yang terjejas secara bertulis, menurut Wildberger.
Menurut surat berkenaan yang dilaporkan ARD, iPhone mula menerima pemberitahuan ancaman daripada Apple sejak 29 Oktober yang menyatakan serangan menggunakan perisian pengintip dikenali sebagai ‘Mercenary Spyware’ telah dikesan.










