PETALING JAYA: Aspek kesedaran tentang jantung terhenti mengejut atau penyakit cardiac arrest perlu dipertingkatkan dan diberi perhatian serius di setiap acara sukan terutama larian marathon.

Ketua ResQ Team Celine Ng berkata, penganjur perlu memastikan sokongan kecemasan disediakan dengan teratur termasuk menerusi kumpulan bantuan kecemasan bergerak seperti medik berbasikal dan pelari pertolongan cemas bertauliah Bantuan Hayat Asas (BLS)

“Sentiasa peka terhadap keadaan pelari dan memberikan respons awal yang pantas apabila bantuan diperlukan. Daripada luka, melecet dan kekejangan otot hinggalah kesukaran bernafas atau rebah, ahli pasukan memberikan bantuan mengikut skop latihan mereka dan segera memaklumkan pusat kawalan perubatan acara apabila rawatan lanjut diperlukan.