Melbourne: Remaja lelaki berusia 17 tahun yang menghidap autisme berjaya ditemukan pasukan penyelamat selepas terselamat selama enam hari bersendirian di kawasan hutan belukar tebal di Victoria, Australia dengan kekal di satu lokasi, mencatu makanan dan memastikan tubuhnya sentiasa panas.

Memetik Independent, remaja dikenali sebagai William itu dilaporkan hilang pada 6 November lalu ketika berkhemah bersama rakannya berhampiran Walhalla East, kira-kira 180 kilometer (km) dari Melbourne.

Polis berkata, William kali terakhir dilihat kira-kira jam 4 petang berhampiran Stoney Creek Road, antara bandar Cowwarr dan Walhalla, sebelum ditemukan pada Khamis oleh kru helikopter yang menjalankan operasi pencarian.