Seorang remaja autisme hilang di Kepala Batas ditemui selamat pagi ini, hanya dengan kesan gigitan nyamuk. Ibu bersyukur anaknya sihat.

ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki autisme yang hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di Kepala Batas dekat Jitra, semalam ditemui dalam keadaan selamat, pagi ini.

Wan Mukhlish Wan Mohammad, 17, pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi ditemui oleh seorang pengawal keselamatan di sebuah rumah kosong di kawasan perumahan baharu kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya pada 7.20 pagi.

Ibu mangsa Fitriyah Mat Rejab, 48, berkata sebelum itu, dia keluar mencari anak sulungnya dengan menaiki kereta pada 6.20 pagi di sekitar kawasan rumahnya dan perumahan baharu berkenaan.