Kuala Lumpur: Pengurangan kadar premium tanah Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) daripada RM4.67 juta kepada hanya RM1,000 disifatkan tidak munasabah, mengejutkan dan berpotensi mencetuskan polemik sehingga menjejaskan keharmonian sosial negara.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, pengurangan kadar premium yang terlalu besar itu dilakukan dalam tempoh singkat selepas terdapat perubahan kepimpinan untuk kali pertamanya dalam portfolio berkenaan.
"Amat tidak munasabah kerana pengurangan kadar premium yang langsung tidak masuk akal dari kadar berjuta-juta (RM4.67 juta) kepada hanya RM1,000. Ia tidak dapat diterima baik oleh ramai pihak.










