Manila: Pendekatan Malaysia dalam menangani kemelut Myanmar menjadi tumpuan pemimpin negara anggota pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia termasuk strategi negara menerusi pembabitan langsung dan dialog berterusan dengan semua pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan.
Perkara itu dikongsikan beliau dalam sesi pemukiman sidang kemuncak berkenaan, semalam.
Jelasnya, pertemuan bersama kepimpinan Myanmar di Bangkok dan Beijing, disusuli lawatan rasmi Min Aung Hlaing ke Malaysia pada Oktober lalu, adalah sebahagian daripada usaha itu.










