KUALA LUMPUR - Tindakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor meninggalkan kerusi Speaker untuk mengambil tempat sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands bagi membahaskan Belanjawan 2027 mencetuskan bantahan beberapa ahli Parlimen pada Isnin.Bantahan itu dibangkitkan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN - Beluran) yang mempersoalkan tindakan Ramli berbahas di Dewan Rakyat ketika masih memegang peranan sebagai Timbalan Yang Dipertua.Ronald berkata, kerusi Speaker tidak sepatutnya dibiarkan kosong sepanjang persidangan berlangsung dan seseorang perlu dilantik sementara untuk mengendalikan urusan Dewan ketika Timbalan Speaker mengambil bahagian dalam perbahasan."Kerusi Speaker tidak boleh dikosongkan. Boleh lantik sementara untuk duduk di sana. Mesti ada orang di kerusi Speaker."Kalau Speaker tidak ada, Dewan boleh melantik sesiapa sahaja untuk berada di sana semasa ahli Parlimen berbahas. Ini unprecedented (belum pernah berlaku)," katanya.Bagaimanapun Ramli menjelaskan bahawa beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun memilih untuk mengambil tempat sebagai Ahli Parlimen bagi membahaskan Belanjawan 2027.Beliau berkata, tindakan itu tidak bercanggah dengan mana-mana peraturan mesyuarat selepas semakan dibuat."Saya sudah menyemak peraturan dan tiada peraturan yang tidak membenarkan saya untuk bercakap di kerusi ahli Parlimen."Kalau Yang Berhormat memikirkan peraturan tidak membenarkan, saya persilakan Yang Berhormat usulkan di dalam Dewan," ujarnya.Isu itu turut dibangkitkan Datuk Ngeh Koo Ham (PH - Beruas) yang menyuarakan rasa kesal terhadap tindakan berkenaan kerana didakwa tidak mematuhi tertib dan peraturan perjalanan persidangan Parlimen.Beliau menegaskan, peraturan mesyuarat memperuntukkan bahawa setiap persidangan perlu dikendalikan oleh Yang Dipertua atau pengerusi bagi memastikan semua peraturan Dewan dipatuhi."Saya merakamkan rasa sedih bagaimana Parlimen dihina dan peraturan atur cara Parlimen tidak diikuti."Dalam peraturan kita, tersirat dalam mana-mana persidangan mesti ada seorang Yang Dipertua atau pengerusi kerana beliau yang menetapkan semua peraturan diikuti."Kalau Speaker berucap dan menjadi pembahas, siapa yang menentukan beliau mengikuti peraturan dalam Dewan?" katanya.Koo Ham turut membantah tindakan itu kerana bimbang ia menjejaskan penghormatan terhadap institusi Parlimen."Semua ahli Parlimen bertanggungjawab memastikan martabat Parlimen terus dipelihara dan tidak menjadi bahan ejekan, bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa," tegasnya.
MP bantah tindakan Timbalan Speaker 'pindah' kerusi bahas Belanjawan 2027

Key takeaways
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat meninggalkan kerusi Speaker untuk bercakap sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands semasa perbahasan Belanjawan 2027, menimbulkan bantahan.
- Datuk Seri Dr Ronald Kiandee mempersoalkan tindakan Timbalan Yang Dipertua meninggalkan kerusi Speaker.
- Beliau menyarankan seseorang dilantik sementara untuk menggantikan kerusi Speaker semasa persidangan.
- Timbalan Yang Dipertua menjelaskan tindakannya tidak melanggar peraturan mesyuarat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- DIANA AZIS
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian MP bantah tindakan Timbalan Speaker 'pindah' kerusi bahas Belanjawan 2027 (this story)








