Seorang wanita berstatus isteri orang ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki bujang dalam kejadian di sebuah rumah kedai, Taman Scientex, Senai di sini melalui serbuan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.
Key takeaways
Seorang wanita berusia 40 tahun ditangkap berkhalwat dengan lelaki bujang 30 tahun di rumah kedai Taman Scientex, Senai, selepas mereka tinggal bersama dalam bilik sewa selama sebulan.
- Wanita dan lelaki berusia 40 dan 30 tahun, keduanya bekerja di Senai.
- Mereka berkenalan lewat media sosial lebih setahun lalu.
- Kejadian dilaporkan kepada JAINJ pada 11.15 malam.
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
KULAI – Seorang wanita berstatus isteri orang ditangkap berkhalwat dengan seorang lelaki bujang dalam kejadian di sebuah rumah kedai, Taman Scientex, Senai di sini melalui serbuan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) malam tadi.
JAINJ dalam kenyataannya berkata, wanita berusia 40 tahun itu ditangkap ketika ditemui berdua-duaan dengan lelaki berusia 30 tahun kira-kira pukul 11.15 malam dan kedua-duanya dipercayai bekerja dalam satu tempat kerja di Senai.
Hasil siasatan awal, pasangan itu dikatakan berkenalan melalui laman media sosial lebih setahun lalu sebelum wanita yang sebelumnya tinggal bersama suami dan anak-anak di sebuah negeri di Pantai Timur datang ke Senai kononnya untuk mencari kerja.