Batu Pahat: Seorang pekerja syarikat pembuatan mangkuk tandas direman empat hari selepas disyaki mengintai seorang wanita yang berada di tandas masjid terletak di Ayer Hitam di sini, semalam.
Perintah reman terhadap suspek berusia 29 tahun itu dibenarkan Majistret Aimi Nawwar bermula hari ini bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Berdasarkan laporan, mangsa berusia lingkungan 30-an bersama suaminya singgah di masjid itu untuk menggunakan tandas sekitar jam 6.25 petang semalam.
Secara kebetulan suspek turut tiba di masjid berkenaan pada waktu sama.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)


