MELANGKAH dalam industri hiburan kira-kira 13 tahun lalu, Jasper Supayah, 33, mengakui bukan satu perjalanan mudah ditempuhinya demi membina nama dan 'menjual' bakat seni dimiliki.

Tanpa istilah 'mudah mengalah' dalam kamus hidupnya menjadikan wanita asal Johor yang berdarah kacukan India dan Cina ini terus memacu semangat untuk bersaing secara sihat.

Pun begitu, Jasper yang meraikan Deepavali dan Tahun Baru Cina sebagai perayaan utama keluarga akan memastikan kualiti masa dapat berkumpul pada sambutan Pesta Cahaya itu sebagai sesuatu amat penting.

Kata pemilik nama sebenar, Jasper James Supayah ini, sambutan Diwali bagi dirinya adalah satu perayaan cukup bermakna buat seisi keluarga masyarakat India berkumpul beramai-ramai.