Adakah mereka tahu sesuatu yang kita tidak tahu? Jangan panik. Teruskan bacaan.
Sebuah skrin LED milik Majlis Perbandaran Kluang (MPK) di Johor yang sepatutnya menjadi medium penyampaian maklumat kepada orang ramai tiba-tiba bertukar menjadi 'panggung wayang lucah' selepas sistemnya digodam, baru-baru ini.
Memalukan? Sudah tentu. Tetapi yang lebih membimbangkan ialah dakwaan kumpulan penggodam bahawa sistem berkenaan begitu mudah diceroboh sehingga mereka mampu mengenal pasti ribuan sistem yang terdedah dalam tempoh hanya dua jam.
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai 'Leakers' itu mendakwa serangan dilakukan untuk mendedahkan kelemahan keselamatan digital, bukannya memeras ugut wang. Malah, mereka mendakwa turut menyasarkan sistem di Mesir, Iraq, Brazil dan China.








