HAMPIR mencecah tiga dekad diminati dan 'evergreen', lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella yang dilancarkan pada 1998 itu terus 'megah di puncak tinggi' seiring judulnya.
Mengambil kira impian komposer dan pemuzik, Datuk Wah Idris, 69, yang memaklumkan sememangnya menjadi keinginan beliau untuk lagu itu sentiasa terlihat tinggi seumpama maksud perkataan 'standing in the eyes of the world'.
Bagi Ratu Rock, Ella, lagu Standing In The Eyes Of The World nyanyiannya adalah karya istimewa yang sangat bermakna kerana alunan melodi serta lirik cukup indah dan penuh semangat.
"Dalam kehidupan ini, terlalu banyak dugaan dan kita perlu berjuang untuk memperoleh kesenangan, kejayaan dan apa sahaja diinginkan. Itulah yang dimuatkan dalam Standing In The Eyes Of The World.






