Liverpool: Thierno Barry meneruskan ketajaman di depan gol apabila meledak dua jaringan untuk membantu Everton menewaskan Coventry 3-1 sekali gus melonjak ke tangga kelima Liga Perdana Inggeris (EPL).
Skuad kendalian David Moyes itu terlebih dulu ketinggalan selepas Yann Gboho meletakkan Coventry di depan menerusi jaringan awal babak kedua di Stadium Hill Dickinson.
Namun, Barry muncul watak penting buat Everton apabila meledak dua gol dalam tempoh hanya lima minit untuk mengubah kedudukan dan memastikan pasukannya kembali menguasai permainan.
Moyes sebelum ini mencetuskan perhatian apabila mendakwa bintang Manchester City, Erling Haaland, "sepatutnya bimbang" dengan kemampuan Barry untuk mengambil alih status penyerang paling berbisa dalam EPL.






