KUALA LUMPUR: Kenderaan elektrik (EV) merekodkan purata kerugian akibat banjir sebanyak RM8,400, kira-kira empat kali lebih rendah berbanding RM34,000 bagi kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), berdasarkan kajian Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon berkata, perbezaan itu turut dilihat dari segi tahap perlindungan apabila kira-kira 50 peratus pemilik EV mempunyai perlindungan banjir berbanding hanya 13 peratus bagi pemilik kenderaan ICE.
“Bagi kenderaan ICE, purata kerugian akibat banjir adalah sebanyak RM34,000, manakala bagi EV, jumlahnya hanya RM8,400, iaitu kira-kira empat kali lebih rendah,” katanya.
“Antara faktor yang berkemungkinan menyumbang kepada perbezaan itu ialah ciri keselamatan EV, termasuk sistem elektrik yang lebih terlindung serta keupayaan mengasingkan be









