KOTA TINGGI - Seorang anggota polis berpangkat Sarjan antara dua individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 52.8 Lebuhraya Senai-Desaru, awal pagi Isnin.Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, anggota itu dikenali sebagai Jorari Jusoh yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.Jelasnya, maklumat berhubung kejadian diterima daripada orang awam kira-kira jam 1.55 pagi.Menurut beliau, kemalangan membabitkan sebuah Proton Persona dipandu wanita tempatan berusia 26 tahun, Toyota Unser dipandu lelaki berusia 23 tahun dan Proton X70 dipandu lelaki berusia 58 tahun."Siasatan awal mendapati Proton Persona dipandu wanita berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Proton X70 serta Toyota Unser yang datang dari arah bertentangan."Akibat perlanggaran itu, pemandu Proton Persona dan Proton X70 mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Yusof berkata, pemandu Toyota Unser tidak mengalami sebarang kecederaan dan kedua-dua mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat."Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Sarjan polis antara dua maut nahas tiga kenderaan di SDE

Key takeaways
Sarjan polis maut dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru, KM 52.8, menyebabkan dua mayat dan satu pemandu tidak cedera.
- Kemalangan berlaku pada 1.55 pagi Isnin di KM 52.8 Lebuhraya Senai-Desaru.
- Proton Persona dan Proton X70 pemandu meninggal dunia, Toyota Unser pemandu tidak cedera.
- Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Pesara polis, isteri maut nahas tiga kenderaan
- Utusan Malaysia Pesara polis, isteri antara tiga maut kemalangan
- Sinar Harian Sarjan polis antara dua maut nahas tiga kenderaan di SDE (this story)








