Kuala Lumpur: Penularan maklumat berkaitan rasuah atau salah laku di media sosial tanpa melalui saluran rasmi boleh menimbulkan implikasi yang tidak dijangka termasuk penghapusan bahan bukti.

Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat (BPRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Zuhairie Abu Bakar berkata, dalam usaha membanteras rasuah, keberanian masyarakat tampil menyalurkan maklumat amat dihargai.

Menurutnya, tanpa maklumat daripada masyarakat, banyak salah laku, kegiatan rasuah atau penyelewengan mungkin sukar dikesan pada peringkat awal.

"Namun, terdapat perbezaan besar antara menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa dengan menularkan maklumat kepada khalayak umum menerusi media sosial.