Alor Setar: Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung insiden menceroboh kawasan Wisma Darul Aman, di sini, semalam.

Terdahulu, suspek ditahan selepas bertindak memasuki kawasan bangunan itu tanpa berhenti untuk pemeriksaan di pos pengawal keselamatan.

Suspek turut mengacukan pisau ke arah pengawal keselamatan yang bertugas semasa kejadian berlaku.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah di Mahkamah Majistret Alor Setar bermula hari ini sehingga 18 November hadapan untuk membantu siasatan.